Wednesday 6 February, 2008

7 Golongan - Semoge Kite Sebahagian Mereka

Abu Hurairah ra telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:” Terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya. Pemimpin yand adil; pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT; seseorang yang hatinya terpaut pada masjid; 2 lelaki yang berkasih sayang dan bertemu dan berpisah kerana Allah SWT; lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan Aku Takutkan Allah; seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehinggakan tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya; dan seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT.” Riwayat Muslim

1. Pemimpin (imam) yang adil.
Setiap yang dipertanggungjawabkan akan dipersoalkan kembali kelak. Maka bergembiralah kepada mana-mana peminpin yang dapaat berlaku adil. Pemimpin di sini termasuklah seorang suami yang memimpin isteri dan anak-anak. Seorang isteri yang memimpin anak-anaknya dan sebagainya.

2. Pemuda yang membesar dalam ibadah kepada Allah.
Naungan Ilahi ini juga dijanjikan kepada lelaki dan perempuan yang sentiasa hidup dalam ibadah kepada Allah. Sentiasa menyedari bahawa Allah melihat segala perbuatannya. Di mana segalanya di bawah kawalan dan naungan Ilahi.

3. Lelaki yang hatinya sentiasa rindukan (teringat-ingatkan) rumah Allah.
Begitu jua bagi lelaki yang hatinya sentiasa rindukan rumah Allah. Tertunggu-tunggu setiap masa untuk beribadah di dalamnya. Baik untuk sembahyang wajiblima waktu setiap hari dan untuk ibadah lain.

4. Dua orang lelaki yang cinta mencintai kerana Allah bertemu dan berpisah kerana ALLAH.
Dalam satu hadis Rasulullah bersabda: “Allah telah mengutuskan malaikat kepada seorang lelaki semasa dalam perjalanan untuk menziarahi saudaranya kerana Allah”. Lalu malaikat bertanya: “Nak kemana?” Dijawab: “Aku mahu menziarah saudara ku… … ..” Tanya malaikat lagi: Untuk apa?” lelaki itu menjawab: Tiada apa-apa tujuan.” Ditanya lagi: “Apa hubungan dengan kamu?” Lalu dijawab oleh lelaki itu:” Tiada apa-apa hubungan.” Ditanya lagi: ” Apa budinya kepada kamu?” Dijawab:”Tiada apa-apa pun.” Ditanya lagi:” Apa tujuannya?” Lelaki itu menjawab:” Aku mencintainya kerana Allah.” Berkata malaikat: sesungguhnya Allah telah mengutusku kepada mu untuk memberitahu bahawa kerana kecintaanmu kepadanya maka ALLAH telah mengizinkan kamu memasuki syurgaNYA.” (Riwayat Muslim)
Perasaan sayang dan kasih terhadap orang lain bukan kerana ada tujuan lain. Bukan untuk memikat anak gadisnya atau hartanya, sebaliknya hanya mengharap keredhaan Ilahi. Hanya kerana Allah hubungan ini dieratkan.

5. Lelaki apabila mengingati ALLAH bersendirian menitis airmatanya.
Hadirnya perasaan takut kepada ALLAH walaupun bersendirian sehingga menitis airmatanya. Ianya bukan saja-saja tetapi hadir dari hati yang menginsafi kebesaran ALLAH.

6. Seorang lelaki yang dirangsang oleh seorang perempuan berdarjat lagi cantik untuk berzina, lalu ia berkata: “Tidak! Aku takutkan ALLAH”
Sesiapa yang takut untuk berbuat kesalahan, takut kepada ALLAH dan azab api neraka akan sentiasa mendapat perlindungan dari-NYA.

7. Lelaki yang bersedekah dan tidak pula dimegah-megahkannya.
Pemberian yang mengharapkan balasan dari Ilahi tidak akan diperbesar-besarkan. sebaliknya akan dilakukan secara tersembunyi. Sehingga digambarkan seolah-olah tangan yang kiri tidak mengetahuinya apa yang disedekahkan oleh tangan kanan. Lupakan kebaikan dan pemberian kita, sebaliknya banyak mengingatkan kesilapan dan kesalah diri kita terhadap ALLAH dan orang lain.
Rebutlah peluang ini, jadilah orang yang beruntung di akhirat. Tiada yang mustahil untuk kita lakukan. Jadilah hambaNYa yang ikhlas dan redha atas segala yang berlaku. Semoga kita semua tergolong dalam golongan orang yang mendapat perlindunganNYA selalu.

Dipetik Dari
http://undergroundscientist.blogspot.com/

Grrrrr ~ VS Hmmmm ~

Semenjak due menjak ni,ader beberape peristiwe yg seakan2 same dan bertemakan satu makne tetapi tidak serupe…di dalam khidupan saye tetapi mgkin bukan di dalam khidupan anda…~

Bdasarkan kajian dalam permerhatian sayer dan berpaksikan kehidupan sayer,ramai org di sekeliling sayer terutamanya sahabat-sahabat saye ingin menceburkan dalam bidang yang mulia ini iaitu percintaan…betapa sukarnya utk meyebut pkataan ini kerana mulianya ia…walaupun bidang ini tidak memberikan gaji atau komsiyen atau kedua2nye sekali kepada ‘pekerje2’ mereka bahkan ‘pekerje2’ meraka yg memberikan gaji atau komisyen atau kedue2nye sekali kepada bidang ini tetapi bidang inilah yg paling ramai diceburi org2 yg berada dalam khidupan saye…Ada yg berjaya dan ade yg tak berjaye termasuklah saye…kahkahkah(org genius cam saye gelak)…





Saye pun bukannye hebat utk mmbicarakan ttg bidang ini…diploma pun takde…tetapi saye ade perkongsian yg mungkin menarik utk kite semua berfikir …Sejak due menjak ni ader bbrape org lelaki yg cube mndapatkan sesorang utk dijadikan bidadari mereka di dunia…perhaps akhirat la sekali kan...tapi,usaha mereka utk mndapatkan bidadari itu gagal…wlaubagimanapun harus diberikan pujian terhadap usaha itu kerana bukan semua org mampu utk mengusahaka usaha itu…kan??yg menjadi persoalan bg saye…kenape???kenape mereka gagal dalam usaha yg mereka yg murni itu…???lalu, ia menjadi tanda tanye kepada saye dan saye berminat utk mencari jawapannye…maka setelah dipikir2kan saye pun mjalankan kajian seperti yg saye nyatakan…make,daripada kajian saye lahirlah 3 kesimpulan@sebab kenape mereka gagal…

1 – Kerana die mencintai lelaki itu dan lelaki itu juge mencintai die…
2 – Kerana die mencintai lelaki itu tetapi lelaki itu tidak mencintai die…Bermakne,die masih meletakkan secebis harapan yg tak pasti pd lelaki itu…Samada die telah pun memberi tahu lelaki itu ataupun tidak…Yg penting,itulah hakikatnye…’Secebis Harapan’
3 - Kerana anda sendiri bukanlah lelaki pilihan die…samada anda hodoh dari segi luaran ataupun dalaman...Ini malng bg anda mgkin…tetapi anda perlu berusaha utk ‘mencantikkannye’…walaupun anda terpakse mjadi hipokrit~sebb sekurang2nye cantik la jugak daripada hodoh…

Jika die adalah seorang student dan alasan nye “Saya tak bersedia…lgpun kitekan masih belajar...Cita2 saye tinggi…saye nak capai dulu cita2 tu…(ataupun,ayat2 tipikal laen yg pnah anda dengar)”, lebih baek jgn percaye kate2 ini kerana kemgkinan ini adalah jwpn utk no 2 di atas…tetapi,who knows kan???kebarangkalian tetap ada…~

Setiap kesimpulan@sebab atas kegagalan ini pasti ada jalan penyelesaian…Penyelesaian itu masih lg dalam kajian saye dan saye masih berusaha utk mempertemukannya…Mudah2an dapat dikongsi bersama nanti…Dijadikan panduan utk berpijak di bumi nyata…Semoge dipermudahkan urusan olehNya~

Jika anda berjaya dalam ‘bidang’ ini…Pinta saye,peliharalah ia sebaiknya sebb itu rezeki anda dan perhatikanlah bidang ini dari aspek tanda2 kekuasaan Allah…Semoge dgn tanda2 kekuasaan it ditingkatkan lg iman dan amal-jambatan utk dipertemukan lg dgn bidadari anda ketika di dunia semase di syurga~

Ameeen~