Friday 23 May, 2008

Filem & Brownies

Hati kita mati sedikit demi sedikit pada satu masa disebabkan perbuatan kita. Beberapa tahun yang lepas, seperti hari-hari kerja yang biasa saya masuk ke dalam pejabat saya. Namun terdapat sesuatu yang luar biasa pada pagi itu, seseorang yang baik hati telah meletak satu bekas berisi 3 'chocolate brownies'. Tahu-tahu saja orang misteri itu yang brownies adalah makanan kegemaran saya. Bersama-sama dengan brownies itu terdapat sehelai kertas yang tertulis satu cerpen di atasnya. Sambil duduk menjamah brownies yang pertama, saya mula membaca kisah seperti yang tertulis di bawah.

Dua orang remaja meminta kebenaran ayahnya untuk pergi menonton filem yang sudah ditonton oleh semua rakan-rakan mereka. Namun selepas membaca sedikit review filem itu di internet, ayah mereka menolak permintaan mereka.

"Ah ayah, kenapa tak boleh?" gusar si adik. "Ia dilabel PG-13, tapi kami berdua dah pun lebih dari 13 tahun!"

Ayahnya membalas, "Ini kerana filem itu terdapat aksi-aksi yang tidak bermoral dan tidak patut ditonton oleh masyarakat umum."

"Tapi ayah, itu cuma sebahagian kecil daripada filem itu! Kawan-kawan kami cakap, filem itu ada 2 jam, tapi aksi-aksi itu hanya beberapa minit saja! Filem ini ada banyak pengajaran yang lebih besar, seperti kemenangan kebaikan di atas kejahatan, pengorbanan, dan keberanian. Review di laman web filem yang cakap begitu!"

"Jawapan ayah ialah "tidak" dan ini adalah muktamad. Kamu boleh ajak kawan-kawan kamu datang ke rumah malam ini dan menonton video-video yang ada dalam koleksi video keluarga kita. Tapi kamu tidak boleh pergi menonton filem itu. End of discussion."

Kedua-dua anak itu berjalan dengan muka masam mencuka ke ruang tamu dan duduk di atas sofa. Sambil membayangkan wajah pelakon filem yang tidak akan mereka tonton, mereka terdengar bunyi dari dapur; seperti bunyi ayah mereka menyediakan sesuatu. Tidak lama kemudian mereka mengecam bau aroma brownies sedang dimasak di dalam oven, dan si abang berkata kepada adiknya, "Ayah mesti rasa bersalah, dan sekarang dia hendak mengambil hati kita dengan brownies tu. Mungkin kita boleh lembutkan hatinya dan memujuknya untuk benarkan kita pergi ke wayang menonton filem itu."

Ketika ini saya sudah pun habis memakan brownies pertama dan mula memakan yang kedua. Saya memikirkan, apakah kaitan antara brownies yang saya makan dan brownies di dalam kisah ini. Saya teruskan bacaan saya.

Kedua-dua remaja itu tidak kecewa. Tidak lama kemudian, ayah mereka muncul dari dapur dengan satu pinggan brownies yang masih panas dari oven, dan memberinya kepada kedua orang anaknya. Kedua-dua mereka mengambil satu brownies.

Kemudian si ayah berkata, "Sebelum kamu semua makan, ayah nak cakap sesuatu. Ayah sayangkan kamu berdua." Kedua-dua remaja itu saling berpandangan antara satu sama lain dengan senyuman penuh makna. "Ayah dah lembut hati," bisik hati mereka.

"Itulah sebabnya ayah membuat brownies ini menggunakan bahan-bahan yang terbaik. Hampir kesemua bahan adalah organik; tepung organik yang terbaik, telur ayam gred A, gula organik yang terbaik, vanilla premium dan coklat."

Brownies itu kelihatan sungguh melazatkan, dan kedua remaja itu menjadi semakin tidak sabar lagi untuk merasai kesedapannya kerana ditangguhkan oleh 'khutbah' ayahnya yang semakin panjang.

"Tetapi ayah ingin berlaku jujur kepada kamu berdua. Ada

"Ayah, boleh tak ayah bagitahu apa bahan misteri tu sebelum kami mula makan?" tanya si abang.

"Kenapa? Sikit je jumlah bahan tu yang ayah letak. Satu sudu je. Kamu tak akan boleh perasan pun rasanya."

"Ala ayah.. bagitahu je la kat kami apa bahan tu" pinta si adik.

"Jangan risau! Bahan tu organik, sama seperti bahan-bahan lain juga".

"Ayahh.." pinta kedua-dua beradik itu, serentak.

"Ok, kalau kamu bersungguh-sungguh nak tahu. Kandungan misteri itu ialah…. Tahi anjing!!"

Saya terus berhenti menguyah brownies kedua dan saki-baki di dalam mulut saya luahkan di dalam bakul sampah di tepi meja saya. Saya teruskan membaca beberapa perenggan terakhir dari cerpen yang menakutkan itu.

Kedua-dua anak itu terus meletakkan kembali brownies itu ke dalam pinggan dan mengesat-ngesatkan tangan kanan mereka ke baju dengan penuh rasa menjijikkan.

"Ayah! Ayah tahu tak yang ayah dah seksa kami dengan bau brownies yang sedap tu selama setengah jam. Bila dah siap, ayah kata ayah letak tahi anjing dalam brownies tu. Kami mana boleh makan bende tu".

"Kenapa tak boleh pula? Kandungan tahi tu sangat sedikit kalau dibandingkan dengan bahan-bahan lain. Takkan ada efek punya la.. Ia sudah pun dimasak bersama-sama bahan yang lain. Kamu takkan boleh perasan pun rasanya. Ia dah pun bersebati dengan bahan-bahan lain menjadi brownies. Jadi tunggu apa lagi, makanlah!"

"Tak ayah… kami tetap taknak makan!"

"Dan ini adalah sebab yang sama kenapa ayah tak benarkan kamu berdua pergi menonton filem tadi. Kamu tak boleh terima sedikit tahi anjing di dalam pinggan kamu, kenapa kamu boleh terima sedikit adegan tidak bermoral di dalam filem yang boleh mengotorkan hati kamu? Kita berdoa kepada Allah yang Dia akan menjaga kita dari mengikut hawa nafsu, tapi kenapa kita dengan akal fikiran yang waras boleh membenarkan diri kita menonton sesuatu yang boleh meninggalkan kesan kotor di dalam diri, fikiran dan hati kita dan terperangkap di dalam lubuk nafsu sesudah itu? Harap kamu berdua dapat pengajaran yang baik dari peristiwa ini".

Saya terus membuang lebihan-lebihan dari brownie kedua, dan brownie ketiga yang masih lagi belum disentuh. Sesuatu yang tidak boleh ditahan beberapa minit yang lalu kini menjadi sesuatu yang tidak boleh diterima. Dan ini semua hanya kerana terdapat kebarangkalian yang kecil bahawa apa yang saya makan tadi terkandung bahan istimewa, seperti di dalam cerpen itu juga. (Memang laa dalam tu takde bahan istimewa itu… tapi saya gagal meyakinkan diri saya. satu bahan istimewa yang ayah letak dalam brownies itu yang tidak akan dijumpai oleh mana-mana brownies lain. Dan bahan itu ayah ambil dari belakang rumah kita. Tapi kamu jangan risau, ayah hanya letak sekelumit sahaja bahan itu ke dalam brownies kamu. Jumlahnya sangatlah sedikit. Jadi makanlah dan berikan pendapat kamu tentang resepi baru brownies ayah."
kan hadith ade cakap tinggalkan perkara2 syubhah)

-Dipetik dari msg2 forward dari inbox email saye-Renung2kan dan mulakan langkah~

Thursday 22 May, 2008

United: Kings of Europe! ~

Edwin van der Sar was the hero as United were crowned champions of Europe for the third time after a dramatic penalty shoot-out victory over Chelsea at the Luzhniki Stadium in Moscow.

Forty years after first winning the European Cup at Wembley in 1968, and 50 years since the Munich tragedy, fate played a big part as a dramatic Champions League final went to penalties.

After Cristiano Ronaldo had missed his kick for United, John Terry had the chance to win the cup for Chelsea, but the Blues skipper slipped on the run up and his penalty hit the post. After Anderson and Giggs, plus Kalou for Chelsea, then converted, Nicolas Anelka's sudden death shot was finally saved by van der Sar, sparking jubilant scenes among United’s rain-soaked travelling contingent.

Cristiano Ronaldo had given United a 26th minute lead with a header from Wes Brown’s cross in a first half which the Reds dominated. Carlos Tevez had two clear chances to put United 2-0 ahead, but his efforts were well saved by Chelsea keeper Petr Cech, who also denied Michael Carrick.

Chelsea gained a foothold in the game in the final few minutes of the first half, and equalised with almost the last kick of the half, when a deflected Michael Essien shot fell kindly for Frank Lampard, who beat Rio Ferdinand and Van der Sar.

The Londoners dominated the second half and Didier Drogba struck the post, before Frank Lampard did likewise in extra time. Ryan Giggs, making a club-record breaking 759th appearance for the Reds, spurned United’s best chance.

In the second period of extra time, Drogba was red carded for a slap on Nemanja Vidic, but despite the one man advantage, the Reds couldn’t make the breakthrough on a heavy pitch, and so the final went to that heart-stopping penalty shoot-out.


Sunday 18 May, 2008

Kem Anak Soleh 4 ~


PENDAHULUAN
Kem Anak Soleh IV merupakan program kemasyarakatan yang dianjurkan secara tahunan oleh ALIPH. Program ini adalah kesinambungan kepada program Kem Anak Soleh (2005), Kem Anak Soleh II (2006), Kem Anak Soleh Cemerlang(2006) dan Kem Anak Soleh III (2007). Program ini mula dilaksanakan atas kesedaran dan niat untuk berbakti dan berkhidmat kepada masyarakat, dimulai dengan projek pilot di sekitar Shah Alam, di mana kebanyakan ahli alumni menetap.

Idea ini tercetus seiring dengan usia ALIPH yang ketika itu mencapai dekad yang pertama, yang menandakan bermulanya fasa di mana ALIPH sudah cukup matang untuk menyumbang kepada masyarakat.

Bagi Kem Anak Soleh IV, ALIPH telah mengumpul dan memperkukuhkan barisan penggerak serta menginovasi modul program ini seterusnya bersedia untuk menambah bilangan pusat program kepada 6 lokasi yakni dua surau di Seksyen 7 dan sebuah surau di setiap kawasan berikut; Seksyen 4, 9, 11, dan 19.

NAMA PROGRAM
“Kem Anak Soleh IV”

TEMA PROGRAM
“Anak Soleh; Permata Hati, Harapan Ummah”

TARIKH
Kumpulan 1 : 26 Mei 2008 hingga 30 Jun 2008

Kumpulan 2 : 2 Jun 2008 hingga 6 Jun 2008

MASA
8.30 pagi- 12.00 tengahari (setiap hari)

TEMPAT
Surau Raudhah Al-Muttaqin, Seksyen 4
Surau Taqwa, Seksyen 7
Surau Mawaddah, Seksyen 7
Surau Al-Ittihadiyah, Seksyen 9
Surau Madrasah Hidayah, Seksyen 11
Masjid Al-Huda, Seksyen 19

MODUL
-diskusi iman
-halaqah tilawah
-slot ibadah
-jom berakhlaq!
-sains dan al-Quran

YURAN
RM40/peserta/minggu

HUBUNGI UNIT PENDAFTARAN
Saudara Ahmad (016 - 667 3931)
Saudari Hidayah (013 - 278 2356)
Saudari Ashila (017 - 622 4149)

PENUTUP BICARA
Semoga segala usaha ALIPH dalam menyumbangkan jasa dan bakti kepada masyarakat setempat mendapat redha, rahmat dan hidayah Allah S.W.T. Segala kerjasama terutamanya daripada kariah surau, ahli-ahli ALIPH, dan masyarakat setempat yang menjayakan program ini merupakan budi yang cukup berharga dan semoga ia menjadi antara usaha yang dipandang tinggi di sisi Allah.

p/s : Sekadar menjalankan amanah~