Thursday 21 August, 2008

Liberalisme ~

Artikel ini saye petik dari Harakah Daily Online...Dan, pendapat mengenai artikel ini di utarakan oleh Wan Saiful Wan Jan...Beliau adalah Ketua Pengarah Malaysia Think Tank

Ini adalah pendapat dan bukannya fakta yang wajib kite terima...Yang haq hakikatnya adalah benar dan yg bathil hakikatnye adalah palsu...Sekadar membaca dan maembuka minda...Selamat Membaca!~

Saya sering ditanya oleh rakan-rakan dua soalan: "Orang Islam boleh jadi liberal kah?" dan "Bagaimana mungkin seorang ahli PAS menyokong fahaman liberal? Bukankah Islam itu lengkap?". Kedua-dua soalah ini menunjukkan betapa ramainya yang terkeliru dengan maksud perkataan 'liberal'

Tidak mudah untuk menghurai kekeliruan mengenai liberalisme. Dalam artikel pendek ini saya akan cuba menjelaskan erti liberalisme yang saya fahami dan kenapa saya tidak nampak percanggahan antara aqidah Islam dan juga fahaman liberal. Insha-Allah saya akan cuba menulis artikel-artikel lain untuk menghuraikan maksud ideologi ini dengan lebih mendalam.

Sebelum itu, saya perlu membuat satu klarifikasi yang penting. Perkataan 'liberal' kerap kali disalahguna hinggakan penggunaannya kadang kala lari daripada maksud sebenarnya. Di Amerika Syarikat, perkataan liberal telah dicuri oleh mereka yang menyokong campur tangan kerajaan dalam hal ehwal peribadi rakyat (contohnya Parti Demokratik). Di Malaysia pula, jika disebut sahaja perkataan 'liberal', maka biasanya yang datang dalam fikiran ialah 'Islam liberal'. Saya tidak termasuk dalam kedua-dua kelompok ini. Saya seorang yang berpegang dengan falsafah liberalisme klasik, atau, di Amerika, biasanya ia dipanggil falsafah libertarianisme. Untuk mengelakkan lebih banyak salah faham, maka saya akan menggunakan perkataan libertarian dalam artikel ini.

Kedaulatan undang-undang

Liberalisme klasik atau libertarianisme bukan satu falsafah baru. Prinsip asas libertarianisme ialah keyakinan terhadap adanya satu "peraturan tertinggi", dan prinsip ini boleh dikesan dalam falsafah lama Yahudi dan Greek purba. Prinsip ini bermaksud semua manusia, daripada pemerintah kepada yang diperintah, adalah tertakluk kepada sebuah peraturan yang sama. Kedatangan Islam pula telah memperkukuh keyakinan terhadap prinsip "peraturan tertinggi" yang diteroka sejak sebelum zaman Nabi Musa lagi. Malahan Islam dengan jelas mengajar bahawa mereka yang berkuasa tidak boleh sewenang-wenangnya menggunakan kuasa mereka untuk memaksa rakyat mengikut telunjuk mereka. Pemerintah juga tertakluk kepada undang-undang.

Libertarianisme tidak menyeru kepada pemansuhan atau pengabaian terhadap peraturan dan undang-undang. Sebaliknya, libertarianisme adalah satu panggilan agar semua manusia mematuhi undang-undang yang sama tanpa pengecualian kerana wujudnya kedaulatan undang-undang. Konsep ini adalah perlindungan terbaik daripada kediktatoran dan totalitarianisme. Jika tidak wujud kedaulatan undang-undang, maka yang berdaulat adalah manusia. Perampasan kedaulatan undang-undang oleh segelintir manusia yand memerintah akan membolehkan mereka memaksa rakyat hidup mengikut telunjuk mereka. Sekiranya prinsip asas libertarianisme ini tidak dihiraukan, maka akan wujudlah totalitarianisme seperti di negara-negara komunis dan fasis yang pastinya tidak Islamik.

Kerajaan terhad

Pemerintah mempunyai kuasa untuk memaksa orang bawahan tunduk kepada mereka dengan menggunakan akta-akta parlimen, peraturan, undang-undang, tentera, polis, dan sebagainya. Pendek kata, wujud ketidaksamarataan kuasa antara rakyat dan pemerintah. Untuk memastikan pemerintah tidak menyalahgunakan kuasa mereka, maka kuasa kerajaan perlu dihadkan. Tanpa had yang jelas, kerajaan berkuasa penuh untuk meluluskan undang-undang dan akta-akta yang mengongkong kehidupan manusia, seterusnya melahirkan satu sistem yang tidak ubah seperti kediktatoran. Prinsip kerajaan terhad ini juga satu prinsip yang penting dalam libertarianisme.

Kuasa kerajaan terhasil daripada amanah yang diberikan oleh rakyat. Tetapi kerajaan boleh menjadi terlalu berkuasa sehingga ia mencengkam dan membahayakan rakyat itu sendiri terutamanya apabila kerajaan meluluskan peraturan-peraturan yang memaksa rakyat taat dan patuh kepada mereka. Untuk mengehadkan kuasa kerajaan dan menghalang mereka daripada menjadi diktator, maka negara-negara biasanya mempunyai perlembagaan yang memperinci dan memperjelaskan sempadan antara hak kerajaan dan hak rakyat.

Sebagai seorang Muslim, saya menentang sepenuhnya konsep kediktatoran dan pemusatan kuasa. Islam tidak mempunyai kuasa pentadbiran berpusat dan dengan itu Islam mempertanggungjawabkan penganutnya untuk memilih cara hidup yang terbaik, dan menganjurkan agar penganutnya menuntut ilmu agar mereka boleh membuat keputusan yang tepat. Inilah sebabnya kenapa saya juga yakin bahawa pemerintah mestilah memperkuasa rakyat untuk membuat keputusan yang terbaik dan tidak memaksa rakyat patuh kepada keputusan-keputusan yang dibuat oleh pemerintah sahaja.

Individu merdeka

Apabila kuasa sesebuah kerajaan dihadkan, maka setiap individu rakyat menjadi merdeka untuk memilih apa yang terbaik untuk kehidupan mereka selagi mana mereka tidak melakukan keburukan terhadap orang lain. Libertarianisme melihat individu sebagai elemen paling asas dalam masyarakat kerana perkumpulan individu-individu inilah yang akhirnya membentuk sesebuah masyarakat. Setiap individu merdeka boleh memilih apa yang terbaik untuk mereka, berdasarkan pengetahun mereka sendiri. Prinsip individu merdeka ini selaras dengan keyakinan kita bahawa Islam datang untuk memerdekakan manusia daripada perhambaan sesama manusia agar seseorang Muslim itu boleh memperhambaan diri kepada Allah semata-mata. Menafikan kemerdekaan individu adalah seolah-oleh menafikan satu anugerah yang diberikan oleh Tuhan kepada manusia. Sebagai seorang Muslim, saya melihat mereka yang memperhambakan manusia lain seolah-olah cuba merampas tempat Allah dalam kehidupan manusia.

Setiap individu mestilah menghormati maruah individu lain tanpa mengira agama, bangsa atau jantina mereka. Ini bermaksud kita perlu menghormati perbezaan antara satu individu dengan individu lain. Konsep individu merdeka juga bermaksud setiap individu mempunyai hak dan tanggungjawab, seperti hak untuk dihormati oleh orang lain, dan tanggungjawab untuk menghormati orang lain. Paling penting sekali, konsep individu merdeka bermaksud kerajaan tidak boleh masuk campur dalam hal-hal peribadi seseorang rakyat. Selagi mana individu tersebut tidak melakukan keburukan terhadap orang lain, selagi itulah kerajaan tidak boleh masuk campur.

Pasaran bebas

Memang diketahui umum bahawa seorang libertarian biasanya menyokong pasaran bebas. Tetapi terdapat banyak salah faham mengenai sebab kami menyokong pasaran bebas. Terdapat dakwaan bahawa kami menyokong pasaran bebas kerana kami tidak mempedulikan nasib golongan miskin dan kami mahu membiarkan wujudnya jurang antara kaya dan miskin. Tuduhan liar ini salah sama sekali.

Sebenarnya libertarian menyokong pasaran bebas kerana hanya sistem ini sahajalah yang boleh menjamin maruah individu dihormati. Pasaran bebas membolehkan setiap individu memilih sendiri barangan dan perkhidmatan menggunakan akal yang diberikan oleh Tuhan. Penafian kebolehan setiap individu untuk berfikir sendiri adalah seolah-olah menyatakan bahawa mereka itu semuanya bodoh kerana tidak boleh berfikir sendiri. Menyekat pilihan di pasaran seolah-olah menafikan anugerah akal pemberian Tuhan kepada manusia. Tidak ada penghinaan yang lebih besar terhadap maruah seseorang manusia selain itu.

Sesetengah pihak, terutamanya golongan sosialis, suka berhujah bahawa kerajaan perlu memastikan kesamarataan dalam masyarakat. Mereka ini salah dari dua sudut. Pertama, sebagai seorang Muslim, saya percaya bahawa Tuhan telah menciptakan kita semuanya sama rata. Ini lebih penting daripada apa-apa usaha kerajaan untuk mewujudkan kesamarataan ekonomi, terutamanya jika usaha kerajaan tersebut membayangkan seolah-olah Allah tidak memberikan saya akal untuk membuat keputusan sendiri. Kedua, kita boleh melihat sendiri betapa setiap kali kerajaan cuba mewujudkan kesamarataan ekonomi, hasilnya adalah lebih banyak ketidaksamarataan. Contohnya, lihat sahaja Dasar Ekonomi Baru di Malaysia. Setelah berpuluh tahun kerajaan cuba memaksa rakyat menjadi sama rata, adakah usaha tersebut berjaya? Sebab itulah saya bingung apabila saya mendengar ahli-ahli politik berkata bahawa mereka mahu memperbetulkan kegagalan kerajaan melalui lebih banyak campur tangan kerajaan dalam kehidupan rakyat, kali ini dengan cara mewujudkan negara kebajikan. Adakah kita mahu jatuh dalam lubang yang sama buat kali kedua?

Bolehkah menjadi seorang libertarian?

Sebagai seorang Muslim, saya sering mengimbau sejarah umat Islam terdahulu dan bagaimana mereka membina tamadun yang masyhur tanpa banyak bergantung kepada sogokan kerajaan. Pada masa itu setiap manusia, baik pemerintah mahupun yang diperintah, tertakluk kepada undang-undang yang sama. Setiap Muslim bertanggungjawab terhadap tindakan masing-masing. Kerajaan pada masa itu lebih banyak berperanan dalam bidang pertahanan dan keamanan. Umat Islam pada waktu itu merupakan pedagang yang berjaya dan mereka beroperasi dalam sistem pasaran global yang bebas. Rasulullah (s.a.w.) dan isteri Baginda merupakan peniaga-peniaga yang berjaya. Ramai sahabat (r.a.) yang turut menjadi kaya raya hasil titik peluh mereka sendiri. Mereka semuanya beroperasi dalam sistem pasaran dunia yang terbuka. Malahan, kerajaan pada zaman awal kegemilangan Islam tidak campur tangan dalam urusan pendidikan, kesihatan mahupun pengurusan masjid. Semuanya diuruskan sendiri oleh rakyat, biasanya melalui sistem wakaf. Hasilnya, masjid-masjid, pusat pusat pengajian, dan juga banyak lagi perkhidmatan-perkhidmatan awam, dapat berfungsi dengan cemerlang demi kebaikan rakyat, tanpa sebarang gangguan politik.

Saya berkeyakinan bahawa itulah model terbaik untuk Malaysia. Falsafah libertarianisme mendokong kedaulatan undang-undang dan sistem pasaran bebas, menyeru agar kuasa pemerintah dihadkan, dan menutut agar manusia dimerdekakan daripada penghambaan sesama manusia supaya tidak ada manusia lain yang boleh merompak kedudukan Tuhan dalam kehidupan kita. Sebagai seorang Muslim, bolehkah saya menentang semua ini?

Tuesday 19 August, 2008

Hanya Kerana Merdeka ~

Salamun 'Alayk...~

-Alhamdulillah allazi hadana lihaza wama kunna linahtadiya laula an hadanallah...-

-Aku naik saksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah...-
-Allahumma Solli 'ala Muhammad wa 'ala aalihi Muhammad...-

Kebahangan-kebahangan 2 perkara iaitu Merdeka dan Ramadhan telah melanda jiwa2 setiap yg bergelar muslim terutama mereka yg di Malaysia...~

Dan ini adalah kesempatan yg terbaik utk setiap mereka yg mempunyai akal ...berfikir tentang kaitan merdeka dan ramadhan...

Mari bermula dengan merdeka...Ramadhan next post yer...!

Kalo orang tua2 iaitu mereka yg sempat bersusah dan ber'jihad' di zaman penjajahan brtish dan jepun...akan mereka katakan "tgkla anak muda sekarang...ape nak jadi pun tatau...budaya mane ntah yg mereka ikut...pakai seluar tapi serupa tak pakai...pakai subang kat hidung...elok2 dah jadi manusia nak jadi mcm lembu...elok2 ade akal dibuang akalnya ntah ke mana...dahla menyusahkan mak bapak...bla bla bla dan bla..." dan yg plg penting "tak pandai nak menghargai langsung ape yg pejuang2 bangsa korbankan untuk memerdekakan tanah melayu...tak pernah terfikir ker???...budaya melayu sendiri jauh dintinggalkan dan budaya jahanam tu sibuk di agung2kan...anak sape la ni???!!!"

Kalo org2 di zaman pertengahan iaitu mereka yg lahir selepas penjajahan dan dapat merasakan pertumbuhan ekonomi negara "tak byk yg berubah dengan Malaysia ni...tapi,alhamdulillah tetap ada perubahan esp dari segi pembangunan,pendidikan dan ekonomi...sy berbangga dapat jadi anak Malaysia...maju dan terus maju...teruskan usaha"

Kalo remaja "Sy tgk remaja sekarang dh byk terpengaruh dengan anasir2 luar...mudah sgt terikut2 budaya yg ntah ape2...takde kesedaran...kesian dekat pejuang2 dahulu"


Kesimpulan dari kata2 ke33 generasi tadi...-Memandangkan negara kita mengamalkan demokrasi dan kebebasan bersuara,tak salah jika pakcik,org pertengahan mahupun remaja mengutarakan pandangan mereka tentang merdeka...Nak kecek gapo kecek la...!~

Tapi,

Alangkah baik nya jika pakcik tu menyambung dan menambah agar cukup asam dan garam dalam ayat beliau "kalo budaya pun dah tatau nak hargai...apetah lg dengan agama...tak pernah ke terfikir dan tak pernah ke menghayati betapa sukarnya Rasulullah dan sahabat memperjuang dan mempertahankan islam...tak pernah ke menghayati seerah???kalo lah bukan kerana kehendak Allah dan usaha da'wah Rasulullah dan sahabat,kite yg dekat Malaysia ni tatau dapat ke tidak merasai nikmat islam... tatau dapat ke tak rasa nikmat merdeka,iman dan islam...jgn kate rase,cium pun belum tentu...budaya melayu tu satu halla,ini budaya islam pun semakin jauh ditinggalkan...sunnah rasul langsung tatau...bace quran lagila,hancur!!!syahadah dengan selawat pun dah tak reti nak bezakan...Seerah dan sejarah itu tak jauh bezanya...kalo seerah itu sukar dihayati,lg la sukar untuk memahami sejarah...kalaulah iman itu tidak dihayati,takkan islam itu tegak berdiri..."

Jika org di umur pertengahan menyambung dan menambah "Saye sukakan perubahan...itupun kalo perubahan itu membawa kebaikan....biarlah sikit,yang penting ada...ape yg generasi lame tingglkan akan sye serahakan kepada generasi baru dengan sebaiknya...sayanglah kalo ianya tak di jage..."

Jika remaja itu menyambung dan menambah "Saye sedar ini tanggungjawab saye dalam memastikan kemerdekaan berkekalan...memastikan ape yg diwariskan akan tarus diwariskan...bukan setakat ape yg ditinggalkan Tunku,tapi ape yg ditinggalkan Rasulullah akan terus sy kekalkan...sebab saye sedar ini tanggungjawab sya sebaga rijal...pemimpin mase depan..."

Kesimpulan akhir-Bagus jika setiap generasi ada kesedaran...Tapi,adalah sgt bagus jika kesedaran itu dilandasi dengan agama dan budaya...Islam itu kan syumul...~kesimpulan yg mudah di buat tapi susah utk diaplikasi...~

-MALAYSIA KU GEMILANG-

Tuesday 12 August, 2008

Permata Ku ~


Permata Ku

Sunyi…selubungi malam…
Mengusik minda yang terlontar jauh…
Masih hangat terasa …
Tangan yang membelai yang mengusik manja…
Daku damba kasihmu…
Biar jadi pedoman…
Buat penyuluh jalan kugapai impian…

Angin…kau nyanyikan lagu…
Untuk permataku…tenang selalu…
Bayu…sampaikan berita…
Daku kini ceria…aman dan bahgia…
Selimutkan rinduku bersama malammu…

Hadirlah…kau dalam mimpiku…
Agar kau selalu…ada disisiku…
Rindu belaian kasihmu…Rindu senyumanmu…
Penawar lukaku…
Dengarkan laguku…hadiah untukmu…
Jasa dan baktimu ku kenang selamanya…

Angin…kau nyanyikan lagu…
Untuk permataku…tenang selalu…
Bayu…sampaikan berita…
Daku kini ceria…aman dan bahgia…
Selimutkan rinduku bersama malammu…

Dikaulah cahaya…
Bila malam menjelma…
Kasihmu membawa ke syurga…
Dan redha yang Esa…

Angin…kau nyanyikan lagu…
Untuk permataku…tenang selalu…
Bayu…sampaikan berita…
Daku kini ceria…aman dan bahgia…
Selimutkan rinduku bersama malammu…