Tuesday, 26 May 2009
SOLEHAH : Menjadi Atau Mencari??
Mencari Solehah atau Menjadi Solehah? Saya sering membaca kisah kehidupan orang yang ingin menghabiskan zaman bujangnya, namun gagal meninggalkan kepompong kebujangannya itu oleh kerana dilanda masalah pilihan jodoh. Mereka mencuba sedaya upaya sehingga berhabis ratusan ringgit mengupah tok bomoh profesional berataraf antarabangsa namun jodoh tidak kunjung tiba.
Pada waktu itu mereka mula mempersoal hakikat takdir Allah. Saya bukanlah agen pencari jodoh untuk anda pada post kali ini, cuma ketika berada di tahun akhir pengajian di sini saya selalu dipaparkan dengan masalah kegagalan mencari jodoh yang meragut ketenangan jiwa saya. Memang perasaan cinta agak sukar untuk diterjemahkan. Ada orang suka itu dan ini, pendek kata ada pelbagai rasa dalam satu masakan yang tak mampu diolah dalam bahasa kamus.
Susahnya mencari jodoh! Jika ditanya, anda mahu mencari jodoh yang bagaimana? Tentunya akan dijawab:
“Dia yang paling baik dalam akhlak dan budinya”
“Pandai jaga hati”
Baik dari segi itu dan ini. Sebenarnya jika anda cuba bertanya kepada penari-penari kelab dangdut, mereka juga akan menjawab dengan jawapan yang sama. Tiada wanita yang suka dibelasah oleh suaminya setiap hari walaupun suaminya itu bukan bekas ahli tinju yang mahir. Sudah fitrah manusia mencari yang elok dan tidak busuk. Cuma bayangan kefahaman mereka disebalik makna perkataan ‘baik’ itu yang berbeza.
Bagi mereka, orang yang selalu tersenyum itu adalah antara orang yang terbaik walaupun berasal dari kumpulan peninggal solat yang terkenal. Adapun kebaikan itu sebenarnya hanya terzahir bila kita mentaati perintah Allah. Bagaimanapun setiap kita mendamba cinta dari seorang kekasih yang sangat sempurna sifat keinsanannya.
Sifat sempurna yang mampu menutup lubang-lubang kecacatan walaupun setengah meter. Banyak sekali mereka yang telah lanjut usia gagal untuk mendirikan rumah tangga kerana memikirkan perkara ini. Yang ada di hati mereka:
“Betulkah dia ini baik atau sekadar berlakon.”
“Ooh mungkin dia cuba bantu aku sebab hendak mengambil hati.”
“Emm pakai tudung dan cuba-cuba buat solehah agaknya itu.”
Akhirnya, semua sifat orang habis diselidiki tanpa memikirkan sifat diri sendiri. Kita yang tidak punya sifat dan perwatakan yang 'baik' cuba untuk menilik mereka yang 'paling baik' untuk dijadikan pasangan hidup. Seboleh mungkin kita mahukan seseorang yang punya sifat seperti malaikat. Sedangkan kita antara orang yang selalu bermuamalah dengan syaitan setiap hari untuk melakukan maksiat. Ini tidak adil! Bagaimana sifat syaitan dan malaikat boleh bersatu?
Akhirnya setiap detik berganti masa yang lama tidak juga mendapat pasangan yang secucuk. Lamunan untuk mendapat itu dan ini tidak terzahir di depan mata oleh kerana sentiasa melihat yang negatif pada orang lain. Jadilah yang soleh, anda akan mendapat yang solehah! Cuba selidiki diri sebelum mencari orang yang kita bayangkan sifatnya dibenak kita. Adakah sifat yang berada dibenak sendiri itu, wujud dalam diri kita?
Atau dalam erti kata yang lain, jika ingin mendapatkan seorang yang solehah, maka kita juga perlulah menjadi yang soleh. Kalau ingin mendapat jodoh yang soleh, kita perlulah solehah. Dari sini kita dapat fahami bahawa menjadi sesuatu itu lebih mudah dari mencari sesuatu. Kita setia mencari pasangan yang berperwatakan seorang yang soleh dan solehah, sepatutnya kita sendiri perlu punya perwatakan itu.
Janganlah anda menyalah orang lain jika pinangan anda ditolak. Siapakah yang ingin mendapat pasangan punya 'kakinya berbotol' dan peninggal setia solat fardhu? Sememangnya dijanjikan Allah setiap yang baik itu kepunyaan yang baik. Dan yang buruk itu akan mendapat yang buruk. Penzina yang setiap saat bergelumang dengan dosa tidak akan mampu untuk mendapat pasangan seorang lelaki yang soleh.
Ini adalah realiti. “Jangan cuba masuk ke dalam istana untuk bertemu dengan puteri raja dalam keadaan pakaian anda compang camping”. Oleh itu jadilah yang terbaik untuk diri sendiri selain ingin menjadikan orang lain sebagai yang terbaik untuk diri kita. Belajarlah menjadi sifat orang yang kita ingini. Kelak kita sebenarnya yang akan dicari. Bukan kita yang mencari.
Friday, 22 May 2009
My Friends, You are the most Welcomed!!!
Thursday, 21 May 2009
Sahabat
Every day is very very n very boring but not with YOU...
Ader satu harini, sayer teringat kepada kawan2 saye di sekolah men maahad yg sememangnye saye rindu dan sayang esp yg telah terbang jauh mahupun dekat...dan,yg tak terbang2 pun ader jugak juge saye rindu dan sayang...eeeuuww...mcm perpempuan je...tp takpe,saye laki tulen dan jgn rsisau...Rindu dan sayang itu hak milik setiap insan...cume mrk tak berani nak zahirkan...kan...kan
Ntah bagaimane harus saye mulekan post sayer...ermmm!~*&^%$#
Sayer tatau ar nak cite pasal kawan2...tapi sayer tgk ramai org suke cite pasal kawan2 dekat blog derang...So,sayer nak cube tiru idea dan konsep drg...
..........................................................................................................................................................................
HADOII !!! saye tak dapat lg nak tiru ni...susah betul...mcm mane sayer nak ckp ni...mcm mane saye nak start ni...hmmm...takpelah...tak payah lah kot...len kali jer...itupun kalo sayer masih hidup
By the way, kepada rakan2 saye(b10 SMIHJ n b10MTQH...) yg barada di luar negara terutamanya,giler rindu lah kat antum...hehe...dah lame tak dgr kisah antum...dah lame tak gaduh2 dgn antum...~Biler korg nak blk ni???futsal dah nazak dan tak cukup korum ni,,,korg amat diperlukan...program isalamic n tak islamic tapi masih diketegorikan as ibadah pun ada byk dan korg mesti boleh joinkan...dah lame dah aku tak dgr semangat perjuangan yg sering korg tiupkan...falsafah2 hidup di jalan yg lurus dan nasihat2 yg menyentuh hati...~
Kawan2 yg mengenali aku dan aku kenali meraka, juge hidup bersama meraka lebih 3thn,yg aku pernah tumpang rumah mereka gosok gg dan minum teh...yg aku pernah tumpang kereta mereka dan bayr duit minyak juge tol,yg pnah berpeluh dan dirotan bsame...yg pernah ditengking,diperli dan ditegur dan di belai(hehe) kerana tidak lancar saba' dan hafalan2nye...juge yg pnah berbicara ttg impian itu ini,serius bapak giler bapak aku rindu korg...
Aku panh dgr sorg ahli falsafah namenye Ibrahim Juffri berkate...'ukwwah itu bukan terletak pd pertemuan semata...'...pastu dah tak igt ayat seterusnye...tp aku setuju dgn pmulaan ayat itu wpun pd mulanye tidak...mkgin dalam doa dan mimpi atau juge dalam peristiwa kenangan atau juge dalam bentuk foto...

Sunday, 17 May 2009
LE PARIS
PICTURES OF LE PARIS ;
Everyone will be guaranteed a bed so that they can sleep well and follow the activity nicely.
Registration can be made by...errr...will tell you later...tQ
p/s: Dearest friends, with regard to this LE PARIS, ask me anything if you need...you can text or call me whenever you want...tQ
Wednesday, 13 May 2009
ATTENTION TO ALL ALIPH CITIZENS !!
ASSALAMUALAIKUM...
PLEASE TAKE NOTE...
TO ALL ALIPH CITIZENS,THE IMS LOCATION WILL BE REPLACED FROM CASA RACHADO, PORT DICKSON TO LE PARIS, PORT DICKSON !!!
ANY INFORMATION WILL BE UPDATED.
THANK YOU.
Monday, 4 May 2009
Kem Anak Soleh 5
TEMA PROGRAM“Anak Soleh; Permata Hati, Harapan Ummah”
TARIKHKumpulan 1 : 1 jun 2009 hingga 5 jun 2009Kumpulan 2 : 8 jun 2009 hingga 12 jun 2009
MASA8.30 pagi- 12.00 tengahari (setiap hari)
TEMPATSurau Ar-Rudhah, Seksyen 8Surau Taqwa, Seksyen 7Surau Ar-Rayyan, Seksyen 7Surau Al-Ittihadiyah, Seksyen 9Surau TUDM, Subang
MODUL-diskusi iman-halaqah tilawah-slot ibadah-jom berakhlaq!-sains dan al-Quran
YURANRM40/peserta/minggu
HUBUNGI UNIT PENDAFTARAN
saudara Adib Abdullah(013-2758525)
saudari Amirah(013-6345889)
saudara Fikri(019-3982454)
PENUTUP BICARA
Semoga segala usaha ALIPH dalam menyumbangkan jasa dan bakti kepada masyarakat setempat mendapat redha, rahmat dan hidayah Allah S.W.T. Segala kerjasama terutamanya daripada kariah surau, ahli-ahli ALIPH, dan masyarakat setempat yang menjayakan program ini merupakan budi yang cukup berharga dan semoga ia menjadi antara usaha yang dipandang tinggi di sisi Allah.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Kem Anak Soleh, sila klik sini—>TENTANG KAS
Untuk daftar online klik sini—>DAFTAR!!
------------------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum kpd sume!! kpd mereka2 yg mempunyai anak/adik yang berumur 7-12 tahun, silalah daftarkan mereka untuk program ini. Insya-Allah banyak manfaat yg boleh mereka peroleh. Jangan biarkan cuti mereka diracuni perkara2 yg tidak berfaedah. AYUH DAFTAR!!
Subscribe to:
Posts (Atom)