Tuesday 20 October 2009

Obituary ~

Jom bebas dari cengkaman hawa nafsu.....dan juga peperiksaan!!!




Tidak!!!

Blog ini tdak akan terkubur begini sahaja...

Biar putih tulang jgn putih mata...
I've been so bz mcm kusut despite telekom yg tak gheti2 nak pasang line tepon...i've suffered for 4 months... and it's almost reach 1semester period...adoyai~

Oklah...gtg...esok nak hantar home test contract and ade presentation 30 markah...byk tuh!!

Semoga Allah mencukupkan kperluan kita bersama...Ameen~


Wassalam =)

Thursday 18 June 2009

MAN U ATAU CHELSEA???

Saudara saudari pengunjung blog sekalian,

Saya, MOHD AFIQ BIN ABDULLAH..
dengan ini mengisytiharkan bahawa saya telah keluar dari kelab bola Manchester United. Ini kerana,saya dapati Man U semakin semput.. Apetah lagi dengan ketiadaan Christianobita Ronaldodol.. Man U yg dahulunya already siput. smakin disiputkan lagi.. daripada siput k%i&#*^ ke sipot sedut.. punyela kronik kelab tu...

Dan saya dengan ini mengumumkan bahawa saya adalah penyokong kipas-susah-mati kelab Chelsea.. yaaaaa.. mari bramai2 teriak.. idop chelsea!!!! idop chelsea!!!! (teriak jgn lbey2,nk lbey pi triak Allahu akbar)
Jadi kawan2 saya yg masih setia dgn Man U tu BUKALAH MATA!!!!! sokonglah chelsea!!! aku jamin chelsea bakal sapu licin sume cup2 yang ade dalam dunia neyh.. tmasuklah cup nak minom air teh kt umah korang... huha

Akhir kate.. keluarla dari belenggu siput.. Jangan biarkan siput menyelubungi anda!!

Yang lantang bersuara,
MOHD AFIQ ABDULLAH
23:56, Thursday


hehe..ni la ruangan tido aku skarang!!!

Tuesday 16 June 2009

Transfer Rumours: Arrivals

Transfer Rumours: Arrivals

The news that United have accepted a world record £80m bid for Cristiano Ronaldo has really got the transfer rumour mill going.

The Sunday Express reckons Sir Alex will make an audacious bid to sign Fernando Torres for £40m or, failing that, has Lyon striker Karim Benzema, Barcelona front man Samuel Eto’o, Atletico Madrid’s Sergio Aguero on an ever-increasing shopping list.

Franck Ribery heads the list of wingers linked with a move, despite Bayern's supposed £87m asking price. Ex-Chelsea man Arjen Robben, Valencia's David Silva and Wigan's Antonio Valencia are also named.

Manchester United has a policy of not commenting on transfer speculation.


HEHEHEHE...

The Heart Says... ~


it's maghrib now...i'm waiting for azan..God, i'm waiting for your call and how wonderful it is if i'm the only person who can hear your call and attend to your house every time when you're calling...like my iman never fall down but i know it wud never be like that

i just visited some of my friends blogs and read their 'kalam bicara dari hati' which i believe it was came out sincerely...and for that moment, i juz realized that some of them were so emotional becoz of their life@results,girl/boyfrens@family@frens and etc, some of them were so jiwang and some of them were trying to deliver their 'heart' to the reader...C''mon as it is so great to see that Allah has created so many things including the homosapeins with variation...black,blue, white and yellow...rich,,poor and sederhana...sengal tapi pandai dan pandai tapi bodoh...gemuk,kurus dan biase...menarik dan tak menarik....tinggi,pendek dan biase...cool kan so that we can meet meet people and know them =)

(huh?its oredy azan?...gtg...sambung blk jap lg...)

some of us may say that life is not a gift and some of us may say thay life is a gift but for me no mater what i put it this way-> LIFE IS NOT A GIFT WHEN YOU DONT GET WHAT YOU WANT BCOZ IT IS FORBIDDEN FOR GOD TO GRANT and LIFE IS A GIFT ONLY WHEN YOU GET WHAT YOU WANT BCOZ GOD KNOW THAT YOU DESERVE THE BEST...So life may be consisted with two which are Like and Hate...

no matter how you become emotional and bersungut or membebel or merajuk muncung cam itk pun,the God said "On no soul doth Allah Place a burden greater than it can bear. It gets every good that it earns, and it suffers every ill that it earns. (Pray:) "Our Lord! Condemn us not if we forget or fall into error our Lord! Lay not on us a burden Like that which Thou didst lay on those before us Our Lord! Lay not on us a burden greater than we have strength to bear. Blot out our sins, and grant us forgiveness. Have mercy on us. Thou art ourProtector Help us against those who stand against faith" 2:286

So...it shud be always Like than Hate =)


Sunday 14 June 2009

Sharing is Caring ~

Assalamualaikum...

Semalam aku jalan2 kat youtube saat2 tak keruan...langsung aku sertakan beberapa video yg sgt menarik perhatian ku...harapa dapat dikongsi bersama...Selamat menonton!





Thursday 4 June 2009

Jalan Subang Airport

Aku nak rehat sekejap dari cerita politik, aku nak kongsi cerita dengan korang semua apa yang aku alami malam tadi, selalunya setiap hari Isnin dan Khamis aku ada game badminton, mula jam 09.00pm hingga 11.00pm, seperti biasa kalau ada game badminton aku akan lepak di ofis, buat apa yang patut sementara menunggu waktu game tu start.

Sebabnya nak ulang alik rumah ke dewan tu jauh beb…. Jimat kos konon-kononnya, selalunya bila nak pergi main badminton aku akan usung laptop aku, sebab habis game terus balik rumah. Tapi semalam entah apa punya angin atau buang tebiat agaknya… aku plan lepas badminton pergi ofis siapkan kerja sikit, ambil laptop dan balik… bodoh punya perancangan.

Selesai badminton lepak ngan kawan-kawan minum kat mapley, sampai ofis dah jam 12.00 lebih, mengadap laptop sempat la buat posting yang cut and paste jer… tu yang kat bawah tu, nak siapkan kerja konon… hampeh… badan letih boleh perah otak ke… tup-tup masuk pulak sms dari Puan Permaisuri berbunyi “Balik pukul berapa, tolong beli susu Aleeya dah habis, sori lambat bagitau”, aku jawap “ Ok…” jer...,

Kepala otak menerawang… kat mana aku nak beli tengah malam buta ni…, sambil kemas barang dan kunci ofis, cari kat kedai tujuh sebelas takda… merayau cari dan cari jumpa juga akhirnya tapi paket kecil, boleh la… janji ada stok buat sementara dan si kecil aku tu tak kelaparan malam ni, usaha tangga kejayaan beb…

Dalam perjalanan balik, aku singgah di Petronas Subang Airport untuk mengisi minyak, waktu tu lebih kurang sudah pukul 2.00am macam tu lah… selesai isi minyak sewaktu nak keluar dari kawasan stesyen minyak tu…., aku rasa lain macam jer…. bila masuk jalan besar… aku rasa kereta aku berat semacam dan bulu roma meremang semacam jer… dalam hati aku berkata “something wrong somewhere” dan aku lihat cermin pandang belakang.. pergh… berderau darah aku dan mulalah tak tentu arah….

Dalam pada itu aku buat-buat pandang ke kerusi sebelah kiri sambil menjeling ke belakang… alamak kompom ada something kat kerusi belakang …, lepas tu…. aku :country-regioncuba nak alihkan cermin pandang belakang… tapi risau pulak nanti aku tak nampak aktiviti dia kat belakang, buatnya dia hulur tangan kat leher aku lagi naya…nak tak nak tabahkan hati dan kontrol macho….

Tiba-tiba jer aku dah mula berpeluh kerana terkejut dan gabra…, bila aku dah dapat kontrol diri dan hilang rasa panik, mental dalam keadaan stabil aku mula baca apa yang patut dan bercakap dengan minah yang tak di undang ni, rambutnya lurus menjurai melepasi bahu dan berbaju hitam ke kelabu aku tak pasti… kerana dalam keadaan samar berharapkan lampu jalan… mungkin baju lusuh dah lama tak basuh agaknya… sayangnya muka dia aku tak nampak… adakah secantik model kapal selam atau secantik model Indonesia yang berumur 17 tahun tu atau seiras Angelina Jolie… aku tak pasti...

Aku kata padanya “Engkau makhluk, aku pun makhluk, Pencipta kita ALLAH SWT, bezanya aku ini makhluk yang dimuliakan, engkau naik kereta aku tanpa izin, aku hantar kau ke tempat kau naik tadi, dan aku nak kau turun di situ” korang bayangkanlah suara aku bercakap masa tu.. tergagap… gagap… macam MB Selangor tu… kalau akad nikah sah kena ulang berpuloh kali… tapi nak buat macam mana, darurat…beb… itu pun aku bersyukur pasal dia tak menjawap balik… kalau tak macam manalah suara dia… sure lentok habis macam si minah di belakang kowloon agaknya…

Sesiapa yang tahu jalan dari Subang Airport menghala ke lebuhraya persekutuan boleh agak berapa jarak jauhnya, nasib baik sekarang ni dah ada U-turn kat Ara Damansara, so aku buat U-turn kat situ dan menghala ke arah bulatan Subang Airport untuk buat u-turn sekali lagi menghala ke Stesyen Petronas tadi…, tapi seksanya kereta aku punya berat tak tau nak dibayangkan..... terasa macam pandu 30km sejam dengan beban kayu balak 50tan untuk sampai ke Petronas tu…

Sambil memandu sambil menjeling cermin tengok dia ada lagi ke tak ada… aku tak tau nak meluahkan macam mana perasaan aku waktu dan ketika itu, yang pasti mulut aku berkumat kamit baca ayat qursi dan bermacam lagi dengan zikirullah, jiwa aku, dada aku, perut aku semuanya tak tenteram… barcampur baur jadinya… tapi minah tu cool aje kat tempat duduk belakang… macam takda apa-apa jer…. tak terasa panas ke dengan ayat-ayat cinta yang aku baca tu… pelik juga… atau aku yang tersalah mengungkapkan ayat-ayat cinta padanya… pasal tu takda respons…kecewa betul….

Sampai jer… kat petronas tadi, aku berhentikan kereta dan turunkan cermin tingkap belakang kiri dan kanan sambil cakap kat dia “ Ok… saudari kita dah sampai… boleh turun di sini” sambil menjeling cermin pandang belakang… alamak apasal dia ada lagi… tak nak turun ke… dah la aku jadi drebar tak berbayar, takan nak suruh aku bukakan pintu pula… kacau macam ni…dalam waktu fikiran aku berkecamuk tu tiba-tiba terperasan ada kereta bagi lampu tinggi dan secara automatik aku menoleh ke arah cermin sisi sebelah kanan, apabila aku toleh semula ke cermin pandang belakang… minah tu dah takda…, aku pusingkan badan menoleh ke belakang untuk kepastian…. wokeh … kompom dia dah blah… masa bila dia keluar pun aku tak tau… pantas betul…

Aku tadah tangan, berdoa.. ucapkan syukur alhamdulillah… aaminnn…. dan ucapkan selamat jalan kat dia suruh dia takecare and becareful dan aku pun apalagi… pecut kereta semahunya… aku tekan pedal minyak rasa ringan semacam jer… berdesup perginya… tengok meter… fuhhh… 160… aku slowdown… sambil-sambil tu mata meliar juga dengan harapan dia tak follow aku lagi…. manalah tahu dia terlupa nak ucapkan terima kasih masa turun tadi… sambil terbang kat tepi tingkap.. tapi ada bau wangi yang ditinggalkan… macam bau bunga melor kalau tak silap aku… dan aku pun malas nak ambik pot… sangat… pasal bau tu… janji aku selamat.

Sampai jer… di luar pagar rumah… aku teringat pesan orang tua-tua… aku pun tak jadi masuk rumah dan pergi lepak sorang-sorang pekena teh tarik dulu kat restoran mamak sambil layan astro, dalam setengah jam baru balik rumah, baca-baca apa yang patut, basuh kaki, ludah kiri kanan dan masuk rumah…. cumanya aku tak boleh tidur dan lelapkan mata…. masih terbayang-bayang lagi pada minah tu…. adakah aku dah jatuh cinta padanya…. ha..ha..ha… minta laluan… minta…laluan… idak ler…teman…

Saat aku taipkan cerita ini sekarang, aku masih berfikir dan merenungkan perkara malam tadi tuh… mungkin ada hikmahnya dan aku masih tercari-cari lagi jawapannya… apa pun syukur alhamdulillah… sifat takut dan panik dapat aku atasi walaupun kecut perut jugak dibuatnya.

Lagipun mungkin kerana pengalaman dengan ganguan makhluk halus sebelum-sebelum ini membuatkan aku terkawal sikit, walaupun terkejut pada mulanya… padahal sebelum ini aku hanya bertemu sipi-sipi jer dan dari jarak jauh…. bukannya face to face macam ni dalam suasana yang agak lama masanya.

Nasihat serta petua orang-orang tua yang aku gunakan pun banyak membantu… dan tak lupa juga nasihat secara lansung dan tidak lansung dari Ayahanda Mountdweller yang luas pengalamannya dalam dunia mistik pun banyak membantu juga.

Jadi itulah pengalaman “Jangan Pandang Belakang” yang terjadi pada aku malam tadi yang aku dapat kongsikan dengan kalian semua, dan aku berharap perkara ni takan berulang lagi… tapi kalau korang nak cuba boleh juga, pergilah test kat tempat yang aku cakapkan tu… manalah tahu ada rezeki korang berjumpa dengan si dia tu… untung sabut timbul… boleh buat bini

Sebelum ini pun ada juga aku dengar cerita berkenaan Langsuir kat Bulatan Subang Airport tu, cumanya tak sangka boleh berlaku pada aku malam tadi… aku ingatkan hanya rekaan semata-mata… rupanya real…. wa cakap lu…. tapi aku rasa ini hantu baik la agaknya… sebabnya dia tak cekik aku dan dapat aku berkongsi cerita ni dengan korang semua… walau apa pun…

Innalillah..hiwainalillah…hirrajiun.... semuanya dalam kekuasaanNYA.

(Sekarang ni aku nak cari bantal beb…, harap-harap tak mimpikan dia dan aku tak demam sudah la…) wallahuaklam…

Tuesday 26 May 2009

SOLEHAH : Menjadi Atau Mencari??


Mencari Solehah
atau Menjadi Solehah? Saya sering membaca kisah kehidupan orang yang ingin menghabiskan zaman bujangnya, namun gagal meninggalkan kepompong kebujangannya itu oleh kerana dilanda masalah pilihan jodoh. Mereka mencuba sedaya upaya sehingga berhabis ratusan ringgit mengupah tok bomoh profesional berataraf antarabangsa namun jodoh tidak kunjung tiba.



Pada waktu itu mereka mula mempersoal hakikat takdir Allah. Saya bukanlah agen pencari jodoh untuk anda pada post kali ini, cuma ketika berada di tahun akhir pengajian di sini saya selalu dipaparkan dengan masalah kegagalan mencari jodoh yang meragut ketenangan jiwa saya. Memang perasaan cinta agak sukar untuk diterjemahkan. Ada orang suka itu dan ini, pendek kata ada pelbagai rasa dalam satu masakan yang tak mampu diolah dalam bahasa kamus.

Susahnya mencari jodoh! Jika ditanya, anda mahu mencari jodoh yang bagaimana? Tentunya akan dijawab:

“Dia yang paling baik dalam akhlak dan budinya”

“Pandai jaga hati”


Baik dari segi itu dan ini. Sebenarnya jika anda cuba bertanya kepada penari-penari kelab dangdut, mereka juga akan menjawab dengan jawapan yang sama. Tiada wanita yang suka dibelasah oleh suaminya setiap hari walaupun suaminya itu bukan bekas ahli tinju yang mahir. Sudah fitrah manusia mencari yang elok dan tidak busuk. Cuma bayangan kefahaman mereka disebalik makna perkataan ‘baik’ itu yang berbeza.

Bagi mereka, orang yang selalu tersenyum itu adalah antara orang yang terbaik walaupun berasal dari kumpulan peninggal solat yang terkenal. Adapun kebaikan itu sebenarnya hanya terzahir bila kita mentaati perintah Allah. Bagaimanapun setiap kita mendamba cinta dari seorang kekasih yang sangat sempurna sifat keinsanannya.

Sifat sempurna yang mampu menutup lubang-lubang kecacatan walaupun setengah meter. Banyak sekali mereka yang telah lanjut usia gagal untuk mendirikan rumah tangga kerana memikirkan perkara ini. Yang ada di hati mereka:

“Betulkah dia ini baik atau sekadar berlakon.”

“Ooh mungkin dia cuba bantu aku sebab hendak mengambil hati.”

“Emm pakai tudung dan cuba-cuba buat solehah agaknya itu.”


Akhirnya, semua sifat orang habis diselidiki tanpa memikirkan sifat diri sendiri. Kita yang tidak punya sifat dan perwatakan yang 'baik' cuba untuk menilik mereka yang 'paling baik' untuk dijadikan pasangan hidup. Seboleh mungkin kita mahukan seseorang yang punya sifat seperti malaikat. Sedangkan kita antara orang yang selalu bermuamalah dengan syaitan setiap hari untuk melakukan maksiat. Ini tidak adil! Bagaimana sifat syaitan dan malaikat boleh bersatu?

Akhirnya setiap detik berganti masa yang lama tidak juga mendapat pasangan yang secucuk. Lamunan untuk mendapat itu dan ini tidak terzahir di depan mata oleh kerana sentiasa melihat yang negatif pada orang lain. Jadilah yang soleh, anda akan mendapat yang solehah! Cuba selidiki diri sebelum mencari orang yang kita bayangkan sifatnya dibenak kita. Adakah sifat yang berada dibenak sendiri itu, wujud dalam diri kita?

Atau dalam erti kata yang lain, jika ingin mendapatkan seorang yang solehah, maka kita juga perlulah menjadi yang soleh. Kalau ingin mendapat jodoh yang soleh, kita perlulah solehah. Dari sini kita dapat fahami bahawa menjadi sesuatu itu lebih mudah dari mencari sesuatu. Kita setia mencari pasangan yang berperwatakan seorang yang soleh dan solehah, sepatutnya kita sendiri perlu punya perwatakan itu.

Janganlah anda menyalah orang lain jika pinangan anda ditolak. Siapakah yang ingin mendapat pasangan punya 'kakinya berbotol' dan peninggal setia solat fardhu? Sememangnya dijanjikan Allah setiap yang baik itu kepunyaan yang baik. Dan yang buruk itu akan mendapat yang buruk. Penzina yang setiap saat bergelumang dengan dosa tidak akan mampu untuk mendapat pasangan seorang lelaki yang soleh.

Ini adalah realiti. “Jangan cuba masuk ke dalam istana untuk bertemu dengan puteri raja dalam keadaan pakaian anda compang camping”. Oleh itu jadilah yang terbaik untuk diri sendiri selain ingin menjadikan orang lain sebagai yang terbaik untuk diri kita. Belajarlah menjadi sifat orang yang kita ingini. Kelak kita sebenarnya yang akan dicari. Bukan kita yang mencari.