Monday 17 December, 2007

Pesan Cinta Kepada Cinta

Wahai Cinta,
Jika aku ini pemberian dari tuhan,maka peliharalah aku dengan selayaknya,
Sebagaimana selayaknya engkau memelihara diri engkau dari sesuatu yang engkau benci,
Mungkin di situ ada sesuatu yg amat berharga,lebih berharga dari dunia dan seisinya

Wahai Cinta,
Jika suatu hari nanti aku bukan lagi pemberian dari tuhan,
Tinggalkan aku dengan sebab yang nyata dan pasti,
Tinggalkan aku dengan kekuatan untuk aku rasai apa itu beban,
Tinggalkan kenangan yang terindah untuk aku simpan di hati bukan di kaki,
Dan,
tinggalkan aku dengan pengajaran yang dahsyat sebagai pengganti engkau yang dapat membuatkan aku tersenyum,
Agar aku tidak membenci,agar aku fahami apa itu manusia dan cinta

Wahai Cinta,
Jika engkau membenci apa yang ada pada aku walau sekecil-kecil kejadian,
Khabarkan kepada aku agar dapat aku lenyapkan prasangka itu,
Barangkali engkau lupa bahawa aku ini juga manusia biasa,
Yang perlu dibetulkan salahnya dan yang perlu diperbaiki betulnya,
Sebab itu bila aku bertindak melakukan sesuatu yg tidak memenuhi hati engkau,
Berikan aku peluang utk aku renungi diri,fahami diri dan betulkan kesilapan sendiri

Wahai Cinta,
Hari ini mungkin indah bagi kita,sebab itu kita sentiase gembira sambil tersenyum,
Esok,mungkin hari yg sakit bagi kita,sebab itu kita menangis sambil berfikir,
Kerana itu ditemukan kita untuk kita gembira sambil tersenyum dan untuk kita menangis sambil berfikir,
Tiada gunanya cinta jika kita tidak gembira sambil tersenyum bersama dan tiada gunanya cinta jika kita tidak menangis sambil berfikir bersama,
Kerana itulah dikurniakan cinta bagi sesiape yang mampu berfikir dengan waras

Wahai Cinta,
Maafkan aku jika berlakunya keterlanjuran,baik dari segi kate-kate mahupun perbuatan,
Telah ku cuba sedaya upaya untuk aku menjadi diri sendiri tanpa sebarang paksaan,
Jangan sampai suatu hari nanti,aku berkata aku sudah penat menjaga hati dan perasaan,
Padahal,masih terlalu banyak yang ingin aku sampaikan kepada engkau yang budiman,
Supaya engkau mengambil pengajaran dan sampaikan semula kepada aku apabila aku melakukan kezaliman,
Akan datang,kita pasti mengerti apa itu tanggungjawab ketabahan dalam perjuangan

Wahai Cinta Segala Cinta,
Kepada Engkaulah ku pejamkan mata,ku tundukkan wajah dan ku tadahkan ke dua tangan utk meminta,
Kepada Engkaulah hati ini sentiasa berharap kerana aku sedar Engkaulah Cinta Segala Cinta,
Kerana Engkau yang memahami Cinta,mengalirnya air mata suci berharga yang sarat dengan impian,
Temukan aku dengan cinta yang hebat di dunia utk aku genggam cinta yang lebih hebat di akhirat sana,
Peliharalah aku dari sempit dada dan kekusutan hati kerana itu adalah perkara yang sangat menyakitkan,
Mudah-mudahan aku dan mereka digolongkan dari kalangan orang-orang yang beruntung di dunia dan di akhirat.....



‘aLa nAfSi
12 MAY 2007
0040

2 comments:

Anonymous said...

uuu...welcome to the blogosphere =)
ok,komen membina, maybe leh letak banner cantik sket kot,cam plain aje header nye.yg lain ok je :D

silelaa update slalu dan jangan hangat2 tahi ayam je~!

Anonymous said...

ameen, ya ALLAH.. :)